Kepada teman teman yang memang pernah makan ambuyat, pasti tahu apa itu ambuyat dan bagaimana rasanya..
Sebagai mukadimah , biar seronokberkebun jelaskan satu persatu..
Apa Itu Ambuyat ?
Ambuyat adalah satu hidangan makanan etnik orang Sabah. Ambuyat berasal dari Sagu yang di ambil daripada pokok Rumbia.
Bagaimanakah Ambuyat terhasil?
Berikut adalah Cara-cara penghasilan Ambuyat yang terkenal dalam kalangan Suku Kaum Bisaya.
Mengetahui kaedah dan cara-cara penghasilan makanan tradisi Ambuyat yang diperbuat daripada sagu dari Pokok Rumbia.
1. Tuangkan ambulung atau ambuyat ke dalam mangkuk
2.menambah sedikit air sambil menggaul ambulung tersebut sehingga warnanya menjadi putih keruh
3.campurkan 500 ml air panas yang baru mendidih dengan sagu di dalam mangkuk
4.menggaulkan adunan tersebut
5.akhirnya, dengan menggunakan candas menaruh atau meletakkan ambuyat tersebut ke dalam mangkuk.
sumber gambar google
sumber gambar :google
Ini adalah ambuyat yang sudah sedia boleh makan panas panas bersama sup ikan , sup bilis pun boleh. Hidangan ini boleh di tambahkan dengan sambal belacan, isi ikan goreng,bilis goreng atau apa apa versi kesukaan teman teman.
sumber gambar : google
Kalau teman teman ingin sisipkan bahan bahan mentah lain di bawah:
untuk membeli
belacan papar yang wangi dan segar tu ,
cili padi sabah yang wangi dan sangat pedas tu,
ikan masin ( ikan sulit) yang sedap dan wangi tu,
ikan bilis yang segar tu,
boleh, sms saja pada seronokberkebun. sms saja ke 010 239 5950
Tempahan /order diterima dari hari isnin hingga sabtu pagi, selepas
itu sabtu danahad seronok berkebun akan pergi tamu beli barang pesanan dan packing, barang pesanan akan dipos pada setiap hari isnin .
biar seronokberkebun tolong korang shopping di tamu untuk dapatkan bekalan stok yang fresh k?
Bah, sekarang seronokberkebun mahu pergi masak ambuyat dululah. Selamat Berambuyat.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan